Tuesday 30 December 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru 2015 untuk semua kejiranan JKKK Kampung Derga. Terima kasih tidak terhingga kepada semua team AJK JKKK Kampung Derga yang begitu komited terhadap tranformasi yang dibawa oleh Tuan Pengerusi sepanjang peralihan kepimpinan sejak April 2014. Semoga 2015 akan membawa lebih kejayaan untuk Kampung Derga.


Monday 22 December 2014

Terima Kasih !!!

Laporan terdahulu dari JKKK Kampung Derga berkenaan beberapa masalah dalam kawasan pentadbiran JKKK Kampung Derga telah diambil tindakan oleh pihak berwajib. Laporan zon bermasalah di Lorong Keriang, Lorong Seri Kedah dan persimpangan Jalan Teluk Wanjah-Jalan Langgar, Jalan Datuk Kumbar-Jalan Langgar telah diturap tar baharu sepenuhnya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Terima kasih untuk semua.








Majlis Penyampaian Bantuan Persalinan Persekolahan 2015

Tarikh : 22hb Disember 2014
Jam     : 3.00 Petang
Tempat : Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Pokok Sena

Seramai 3 pelajar dari Kampung Derga menerima bantuan persekolahan dari UMNO Pokok Sena.









Thursday 18 December 2014

Mesyuarat JKKK Kampung Derga

Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Derga kali ke-9 bagi bulan Disember 2014 telah diadakan pada 19hb Disember 2014 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan JKKK Derga. Banyak yang dibincangkan terutama berkenaan perancangan program serta gerak kerja bagi tahun hadapan. Kebanyakan aduan terdahulu telah diselesaikan oleh pihak berwajib. Terima kasih untuk semua.






Wednesday 3 December 2014

Banjir Kampung Derga

Kampung Derga diuji Allah lagi. Kali ini banjir yang lebih besar mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk. Harapan penduduk kini tertumpu pada projek peparitan baharu sepertimana yang diharapkan. Moga ada sinar supaya projek ini dipercepatkan.








Tuesday 2 December 2014

Lawatan Kebajikan - Warga Emas

Tuan Pengerusi JKKK Kampung Derga bersama Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) zon 10 Kedah, Ahmad Zahir Hamzah menyantuni seorang warga emas di Lorong Keriang, Jalan Langgar dibawah pentadbiran JKKK Kampung Derga. Sedikit sumbangan dihulurkan.






Thursday 27 November 2014

Program Lawatan Kebajikan 2014

Tuan Pengerusi JKKK Kampung Derga bersama barisan AJK JKKK menyantuni kejiranan dibawah pentadbiran JKKK Kampung Derga. Turut sama Ketua UMNO Cawangan Derga. Insyallah, usaha murni ini akan diteruskan dari masa ke semasa.










Friday 21 November 2014

Mesyuarat JKKK November

Mesyuarat JKKK kampung Derga bagi bulan November telah diadakan pada 20.11.2014 jam 4 petang bertempat di Bilik Gerakan JKKK Derga. Beberapa cadangan dan penambahan baikkan dibincangkan bagi memantapkan pentadbiran JKKK Kampung Derga. Hadir sama Encik Abdul Razak, pembantu pendaftar keahlian baharu bagi Dun Derga yang membuat penerangan berkenaan pendaftaraan pemilih baharu sebagai salah satu KPI untuk pentadbiran JKKK.








Wednesday 22 October 2014

Mesyuarat JKKK Kg. Derga (Oktober)

Mesyuarat JKKK Kg. Derga bil.7 (Oktober) 2014 telah diadakan pada 22/10/2014. Banyak yang dibincangkan demi kepentingan penduduk sekitar. Moga hari ini lebih baik dari semalam. "Hijrah Derga".







Monday 6 October 2014

Ibadat Korban 1435H

Gotong royong ibadah korban anjuran Jawatankuasa Surau As-Shariff bersama masyarakat setempat dengan kerjasama AJK JKKK/UMNO Derga. Ia berlangsung dalam suasana yang harmoni menunjukan kesepakatan antara kepimpinan Jawatankuasa Surau, UMNO dan JKKK. Terima kasih untuk semua yang menjayakan program ini.