Tuesday 19 August 2014

Aduan Banjir

Setelah membuat aduan kepada pihak berwajib, kini maklum balas telah diterima. Hanya menanti kelulusan dari Jabatan Zakat Negeri Kedah untuk melaksanakan projek peparitan baharu di Lorong Datuk Keramat. Semoga sedikit usaha ini memberi kebaikan kepada kejiranan Lorong Datuk Keramat. Doa agar dipermudahkan segalanya.


Saturday 9 August 2014

Mesyuarat JKKK (Ogos) & Jamuan Raya Aidil Fitri

Mesyuarat JKKK Kg. Derga bil.5/2014 (Ogos) diadakan bersama Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dalam suasana yang sederhana dikalangan AJK UMNO/JKKK tetapi penuh makna kerana pemimpin lama dan baharu bersama bermuafakat menjayakannya. Terima kasih untuk semua...














Tuesday 5 August 2014

Aduan Penduduk Lorong Keriang

Lawatan ke Lorong Keriang bersama JKKK Alor Melong dan penduduk setempat selepas menerima aduan berkenaan kerosakan jalan dan longgokkan sampah. Difahamkan isu ini telah terlalu lama tanpa sebarang tindakan. E-aduan kepada MBAS telah dibuat. Diharap ada tindakan segera dari pihak berkenaan.