Friday 26 September 2014

Mesyuarat JKKK September

Mesyuarat JKKK Kg.Derga bil.6/2014 (September) telah diadakan dalam suasana persekitaran bilik gerakan yang telah di transformasi selaras dengan perubahan yang dijanjikan oleh kepimpinan JKKK Kg. Derga. Ia juga bertepatan dengan slogan "Hijrah Derga".








Friday 19 September 2014

Gotong Royong

Gotong royong membersihkan dan baik pulih Bilik Gerakan JKKK UMNO Derga pada 15hb September 2014. Terima kasih untuk semua AJK JKKK Kg. Derga.







Monday 15 September 2014

Aduan

Lawatan bersama AJK bagi meninjau permasalahan selepas menerima aduan dari penduduk dibawah tanggungjawab JKKK Kg. Derga.
1. Lorong Derga - Keadaan semak samun akibat tindakan pihak yang bertanggungjawab tidak menjalankan kerja dgn baik. (Aduan melalui email, telah mendapat maklumbalas, menanti kerja buat dengan kadar segera) - SELESAI
2. Lorong Shariff (Lrg 6) - Rumah tinggal yang telah lama dibiarkan mewujudkan keadaan semak yang amat serius. Kelihatan menjadi tempat gelaja sosial penagih. (Aduan telah dibuat melalui e-aduan MBAS)
3. Lorong Shariff (Lrg 7) - Rumah tinggal yang dipenuhi semak samun sejak 4 tahun lalu mengundang suasana tidak selesa kepada kejiranan. (Aduan telah dibuat melalui e-aduan MBAS).
4. Lorong Seri Kedah - Kerosakan jalan mini tar yang amat serius akibat menjadi laluan utama penduduk dan juga kenderaan berat. (Aduan kepada MBAS dan JKR telah dibuat).


















Friday 12 September 2014

Ziarah 12.09.2014

Pengerusi JKKK Kg. Derga dan Ketua UMNO Cawangan Derga serta beberapa AJK JKKK menyantuni 2 orang penduduk dalam kawasan Kg.Derga yang sakit. Inisiatif ini diambil selepas menerima cadangan dan atas rasa pertanggungjawaban serta amanah yang telah diberikan oleh kepimpinan tertinggi negeri. Ziarah ini membolehkan JKKK mendapatkan maklumat lebih jelas tentang masalah penduduk dalam kawasan Kampung Derga.