Sunday 27 July 2014

Melawat rumah mangsa ribut di Lorong Pauh, Derga bersama Dr. Cheah Soon Hai sehari sebelum Aidilfitri. (29 Ramadhan 1435H)


Thursday 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Seluruh Saf Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Derga menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada tersalah laku dan terkasar bahasa sepanjang menjalankan tugas dan amanah di Kampung Derga. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.


Wednesday 23 July 2014

Lawatan Rumah Terjejas (Angin Kencang, Ribut)

Melawat rumah yang terjejas akibat angin kencang bersama JKKK Alor Melong di Lorong Pauh, Jalan Langgar. Tindakan susulan untuk pengetahuan pihak berwajib telah diambil. Insyallah, moga Allah permudahkan segalanya.







Friday 11 July 2014

Mesyuarat JKKK Derga (Julai)

Mesyuarat ke-4 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Derga bagi Julai telah diadakan pada 11hb Julai 2014 bertempat di Dewan Surau Al-Shariff. Kehadiran penuh semua AJK JKKK bagi memastikan motto "Hijrah Derga" terlaksana. Insyallah, berkat doa Derga akan menjadi contoh untuk kawasan lain.