Saturday 23 May 2015

Mesyuarat JKKK Mei 2015

Mesyuarat JKKK Derga bil.5 bagi bulan Mei 2015. Beberapa aduan diteliti untuk laporan dan tindakan. Setiap AJK menerima baju korporat sebagai pakaian khas mesyuarat, aktiviti serta program akan datang.







Friday 22 May 2015

Lawatan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah

Lawatan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Tuan Harris Che Mat ke Kampung Derga bagi membantu usaha menyelesaikan beberapa permasalahan berbangkit oleh penduduk sekitar. Semoga sedikit usaha membawa manfaat kepada semua.
















Saturday 2 May 2015

Aktiviti / Program April 2015

Aktiviti serta program yang dilaksanakan pada 25hb April 2015 bagi memastikan hubungan kekeluargaan antara kejiranan Kampung Derga dapat diperkukuhkan. Pertandingan Aspek Wanita, Pertandingan Memasak Asam Pedas Ikan, Demo Masakan dan Kuih Bakar serta Pertandingan Lipatan Sejadah antara yang mengambil tempat pada hari tersebut sempena Persidangan UMNO Cawangan Derga.