Tuesday 13 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437H.



Lawatan YAB Menteri Besar Kedah

Lawatan YAB Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah ke kawasan sering berlakunya banjir sekitar Jalan Teluk Wanjah dalam Dun Derga dibawah pentadbiran JKKK Derga dan Sentosa.











 

Saturday 10 October 2015

FIT Derga - Hari Sukan Negara

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Hari Sukan Negara - FIT Derga terutama pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah, Dato' Dr. Cheah Soon Hai, Tuan Noor Azman, Tuan Pengerusi JPP Zon 3 Ahmad Zahir Hamzah, serta barisan AJK JKKK Derga yang memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.














Friday 9 October 2015

Lawatan Menteri KPKT

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Abdul Rahman Dahlan bersama Dato' Bandar Alor Setar, YB Badrol Hisham, Dato' Dr. Cheah Soon Hai, Dato' Said Ali Syed Rastan membuat lawatan ke kawasan yang kerap terjejas akibat banjir di Jalan Teluk Wanjah dalam Dun Derga. Kawasan tersebut merupakan dalam kawasan pentadbiran JKKK Derga. Semoga isu berbangkit penduduk kawasan tersebut dapat diselesaikan sekadar segera.











Friday 2 October 2015

Fit Derga - Hari Sukan Negara

Pakat buleh mai, tak kira umuq, besaq atau kecik! Mengkata dok area JKKK Kampung Derga​ atau kawasan sekitaq, kita jumpa kat Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah​. Hari sabtu 10 haribulan 10 tahun 2015, jam 8.00 pagi. Jumpa kat sana nooo...




Thursday 1 October 2015

Mesyuarat JKKK Oktober 2015 dan Mesyuarat Khas Hari Sukan Negara 2015

Ummul Kitab "Al-Fatihah" mendahului bagi Redha-NYA ketika Mesyuarat JKKK Derga bil.10 bagi Oktober 2015 dan Mesyuarat Khas Hari Sukan Negara ‪#‎fitderga‬ pada 2/10/2015. Tumpuan khas perbincangan berkenaan isu semasa setempat dan perlaksanaan Program Hari Sukan Negara - FIT DERGA. Dijemput semua kejiranan Derga bersama-sama dalam "Program Hari Sukan Negara - FIT Derga" anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Derga dengan kerjasama SK Tunku Raudzah pada 10.10.2015 jam 8.00 pagi bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah.