Friday 19 February 2016

Zairah Kasih Kampung Derga

Menyantuni warga emas dan sakit terlantar dalam Program Zairah Kasih JKKK Derga pada 19hb Februari 2016, jam 5.30 petang di Lorong Shariff, Taman Setia Berjaya dan Kampung Melayu. Sedikit sumbangan dari saf kepimpinan JKKK Derga turut disampaikan.

www.jkkkderga.blogspot.com














Friday 12 February 2016

Mesyuarat JKKK Derga, Februari 2016

Mesyuarat JKKK Derga bagi Februari 2016 dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah memohon agar semua kembali rapatkan saf setelah mengharungi saat peralihan kepimpinan peringkat negeri yang menyebabkan berlaku kocakkan air dalam cawan yang sama digunakan oleh keluarga sejak sekian lama. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.









Tuesday 2 February 2016

Terima Kasih Mukhriz Mahathir

"Hidup ini macam makan buah, kadang-kadang kita dapat rasa yang manis, adakalanya kita rasa masam atau pahit".

Terima kasih Dato Paduka Mukhriz Mahathir atas  sebuah kehebatan pentadbiran kepada seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman.

Kepada yang mengambil tempat, selamat menjalankan tugas dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. Berbaktilah atas nama Kedah Darul Aman.

Sama ada manis, masam atau pahit akan tercatat sebagai sejarah negeri bila kuasa memilih kembali kepada rakyat kelak.