Tuesday 27 May 2014

Banjir kilat di Derga...

Pada 26hb Mei 2014 (Isnin), Lorong Datuk Keramat dan Jalan Teluk Wanjah dilanda banjir kilat. 12 rumah telah terlibat mengakibatkan kerosakan harta benda. Insyallah, tindakan untuk membantu telah diambil dengan membuat laporan polis dan diserahkan kepada pihak berwajib.



















Sunday 18 May 2014

Terima kasih...

Terima kasih buat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan kerjasama Idaman Environment yang mengambil tindakan segera atas laporan yang dibuat di Lorong Datuk Keramat, Derga.







Saturday 17 May 2014

Tahniah & Selamat Menjalankan Tugas

Setiap pengerusi dan anggota jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) dituntut melaksanakan tanggungjawab sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dengan penuh amanah. Bagi Derga perlantikan JKKK bagi penggal 2014-2016 telah berjalan dengan suasana yang amat baik. Gabungan muka lama dan baru akan memastikan penduduk setempat mendapat khidmat yang terbaik. Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan amanah.