Wednesday 30 December 2015

Selamat Tahun Baru 2016

Masa depan adalah milik mereka yang menyiapkan hari ini. Selamat tahun baru 2016.


Tuesday 22 December 2015

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul dari seluruh saf kepimpinan JKKK Derga.
24/12/2015 | 12 Rabiulawal 1437H.


Sunday 20 December 2015

Lawatan Aduan Rakyat

Bersama pemimpin setempat Dun Derga terutama Dato' Dr. Cheah Soon Hai, menyelami permasalahan serta aduan yang telah dibuat sejak bulan Julai lalu oleh JKKK Derga, JPP, Komuniti Penduduk dan orang perseorangan yang melibatkan kerosakan jalan di Lorong Sharif, Taman Hup Huat, Lorong Ambar dan beberapa tempat dalam Dun Derga.




Friday 18 December 2015

Majlis Penyampaiam Peralatan Sekolah Dun Derga 2015

Majlis Penyampaian Peralatan Sekolah Dun Derga tajaan Yayasan Pelajaran MARA bersama UMNO Bahagian Pokok Sena.








Saturday 5 December 2015

Kuliah Agama Kampung Derga

Muslimin/Muslimat adalah dijemput hadir ke Program Kuliah Agama bersama Ybhg. Dato' Ustaz Abdul Kadir Yahaya pada setiap hari Jumaat minggu PERTAMA & KETIGA setiap bulan yang akan bermula pada hari Jumaat 4.12.2015 bertempat di Surau As Shariff, Kampung Derga jam 3.30 petang anjuran Jawatankuasa Surau As-Sharif dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Derga, UMNO cawangan Derga dan JKKK Kampung Derga.