Wednesday 30 December 2015

Selamat Tahun Baru 2016

Masa depan adalah milik mereka yang menyiapkan hari ini. Selamat tahun baru 2016.


Tuesday 22 December 2015

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul dari seluruh saf kepimpinan JKKK Derga.
24/12/2015 | 12 Rabiulawal 1437H.


Sunday 20 December 2015

Lawatan Aduan Rakyat

Bersama pemimpin setempat Dun Derga terutama Dato' Dr. Cheah Soon Hai, menyelami permasalahan serta aduan yang telah dibuat sejak bulan Julai lalu oleh JKKK Derga, JPP, Komuniti Penduduk dan orang perseorangan yang melibatkan kerosakan jalan di Lorong Sharif, Taman Hup Huat, Lorong Ambar dan beberapa tempat dalam Dun Derga.




Friday 18 December 2015

Majlis Penyampaiam Peralatan Sekolah Dun Derga 2015

Majlis Penyampaian Peralatan Sekolah Dun Derga tajaan Yayasan Pelajaran MARA bersama UMNO Bahagian Pokok Sena.








Saturday 5 December 2015

Kuliah Agama Kampung Derga

Muslimin/Muslimat adalah dijemput hadir ke Program Kuliah Agama bersama Ybhg. Dato' Ustaz Abdul Kadir Yahaya pada setiap hari Jumaat minggu PERTAMA & KETIGA setiap bulan yang akan bermula pada hari Jumaat 4.12.2015 bertempat di Surau As Shariff, Kampung Derga jam 3.30 petang anjuran Jawatankuasa Surau As-Sharif dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Derga, UMNO cawangan Derga dan JKKK Kampung Derga.


Sunday 29 November 2015

Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR)

Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) KEMAS Parlimen Pokok Sena tahun 2015. Program dengan pengisian bantuan berteraskan lawatan pemimpin setempat terus ke rumah penduduk. Kampung Derga antara yang mendapat manfaat dari program ini.












Thursday 26 November 2015

Mesyuarat JKKK November & PDM Derga

Memulakan Mesyuarat JKKK Kampung Derga bagi bulan November 2015 dengan ummul kitab Al-Fatihah memohon agar perjalanan perbincangan dan perancangan aktiviti akhir tahun berjalan dengan lancar. Terima kasih buat semua ajk yang memberi kekuatan untuk terus berkhidmat kepada penduduk Kampung Derga. Selepas selesai, Mesyuarat pertama PDM Derga mengambil tempat dan dipengerusikan oleh Ketua PDM iaitu Encik Saidin Bakar.









Saturday 14 November 2015

Hari Persahabatan - Persatuan Kebajikan San Sheng 2015

Majlis "Hari Persahabatan" sumbangan barangan bantuan kepada warga emas & fakir miskin anjuran Pertubuhan Kebajikan San Sheng Alor Setar, Kedah pada 13hb November 2015 . Kampung Derga turut menghantar 10 orang asnaf dan warga emas yang layak menerima bantuan. Terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan San Sheng.







Sunday 1 November 2015

Selamat Maju Jaya!

Selamat menduduki peperiksaan SPM, STPM & STAM kepada semua anak-anak Negeri Kedah dan Kampung Derga. Tenangkan hati ketika menjawab. Doa mengiringi setiap langkah anak-anak ke dewan peperiksaan dengan keredhaan Allah. Selamat Maju Jaya. Semoga beroleh kejayaan!

Tuesday 13 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437H.



Lawatan YAB Menteri Besar Kedah

Lawatan YAB Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah ke kawasan sering berlakunya banjir sekitar Jalan Teluk Wanjah dalam Dun Derga dibawah pentadbiran JKKK Derga dan Sentosa.