Thursday 29 December 2016

Selamat Kembali ke Sekolah

“Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang.”

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga guru, pentadbir, staf, pelajar, murid dan juga ibu bapa/penjaga. Semoga sesi 2017 penuh dengan keazaman bagi menempah kecemerlangan dunia dan akhirat.


Tuesday 13 December 2016

Naik Taraf Jalan Kampung Derga

Alhamdulillah, beberapa jalan dalam pentadbiran JKKK Derga telah dibaikpulih oleh Kerajaan Negeri Kedah hari ini (Lorong Shariff, Lorong Seri Kedah, Lorong Kampung Melayu). Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dari aduan sehingga perlaksanaan.







Thursday 8 December 2016

Mesyuarat JKKK Derga

Hari ini, Mesyuarat JKKK Derga terakhir bagi tahun 2016. Banyak agenda yang dibincangkan terutama gerak kerja serta perancangan aktiviti bagi tahun 2017. Terima kasih pada semua AJK JKKK Derga dan penduduk dalam pentadbiran JKKK Derga yang banyak membantu dalam setiap gerak kerja JKKK Derga sepanjang tahun 2016.