Tuesday 22 September 2015

Salam Aidil Adha 1436H.

Hidup adalah timbal balik. Apa yang kamu berikan akan kembali, apa yang kamu tanam akan tumbuh, dan apa yang kamu korbankan akan berbuah pahala. Selamat Hari Raya Aidil Adha, mohon maaf zahir dan batin dari seluruh saf kepimpinan JKKK Kampung Derga.


Monday 21 September 2015

Al-Fatihah

Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Puan Muda Kedah, Tunku Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamudin Alam Shah Al Haj. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan roh Almarhumah. Al-Fatihah...


Tuesday 15 September 2015

Selamat Hari Malaysia ke-52

Selamat Hari Malaysia ke-52. Marilah bersama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat perpaduan, keamanan dan kemakmuran yang berkekalan.

Selamat Hari Malaysia!




Mesyuarat JKKK September 2015

Mesyuarat JKKK Derga bil.9 bagi September 2015 dalam suasana santai malam di Restoran UMMUL, Jalan Hutan Kampung. Beberapa isu yang dibangkitkan akan diminitkan bagi membolehkan tindakan segera diambil oleh pihak JKKK dan pihak berwajib terutamanya isu melibatkan keselamatan aset milik JKKK Derga.






Sunday 6 September 2015

Terima Kasih!

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Terima kasih kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah dan UMNO Bahagian Pokok Sena yang menyumbang peralatan kenduri bagi kegunaan penduduk setempat.