Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Hari Sukan Negara - FIT Derga terutama pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah, Dato' Dr. Cheah Soon Hai, Tuan Noor Azman, Tuan Pengerusi JPP Zon 3 Ahmad Zahir Hamzah, serta barisan AJK JKKK Derga yang memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.
Kemudahan Asas & Riadah
Saturday, 10 October 2015
Friday, 9 October 2015
Lawatan Menteri KPKT
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Abdul Rahman Dahlan bersama Dato' Bandar Alor Setar, YB Badrol Hisham, Dato' Dr. Cheah Soon Hai, Dato' Said Ali Syed Rastan membuat lawatan ke kawasan yang kerap terjejas akibat banjir di Jalan Teluk Wanjah dalam Dun Derga. Kawasan tersebut merupakan dalam kawasan pentadbiran JKKK Derga. Semoga isu berbangkit penduduk kawasan tersebut dapat diselesaikan sekadar segera.
Friday, 2 October 2015
Fit Derga - Hari Sukan Negara
Pakat buleh mai, tak kira umuq, besaq atau kecik! Mengkata dok area JKKK Kampung Derga atau kawasan sekitaq, kita jumpa kat Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah. Hari sabtu 10 haribulan 10 tahun 2015, jam 8.00 pagi. Jumpa kat sana nooo...
Thursday, 1 October 2015
Mesyuarat JKKK Oktober 2015 dan Mesyuarat Khas Hari Sukan Negara 2015
Ummul Kitab "Al-Fatihah" mendahului bagi Redha-NYA ketika Mesyuarat JKKK Derga bil.10 bagi Oktober 2015 dan Mesyuarat Khas Hari Sukan Negara #fitderga pada 2/10/2015. Tumpuan khas perbincangan berkenaan isu semasa setempat dan perlaksanaan Program Hari Sukan Negara - FIT DERGA. Dijemput semua kejiranan Derga bersama-sama dalam "Program Hari Sukan Negara - FIT Derga" anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Derga dengan kerjasama SK Tunku Raudzah pada 10.10.2015 jam 8.00 pagi bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah.
Tuesday, 22 September 2015
Salam Aidil Adha 1436H.
Hidup adalah timbal balik. Apa yang kamu berikan akan kembali, apa yang kamu tanam akan tumbuh, dan apa yang kamu korbankan akan berbuah pahala. Selamat Hari Raya Aidil Adha, mohon maaf zahir dan batin dari seluruh saf kepimpinan JKKK Kampung Derga.
Monday, 21 September 2015
Al-Fatihah
Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Puan Muda Kedah, Tunku Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamudin Alam Shah Al Haj. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan roh Almarhumah. Al-Fatihah...
Tuesday, 15 September 2015
Selamat Hari Malaysia ke-52
Selamat Hari Malaysia ke-52. Marilah bersama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat perpaduan, keamanan dan kemakmuran yang berkekalan.
Selamat Hari Malaysia!
Selamat Hari Malaysia!
Subscribe to:
Posts (Atom)






























